Sunday, November 12, 2006

funny bahasa malaysia....u gotta read this... :p

Murid : selamat pagi,cikgu.
Cikgu : (menengking) mengapa selamat pagi sahaja?petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : panjang sangat!tak pernah dibuat oleh orang!kata selamat sejahtera!senang dan penuh bermakna.lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : sama-sama,duduk!dengar sini baik-baik.
hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan.bila cikgu sebutkan perkataannya,kamu mesti menjawab dengan cepat,lawan bagi perkataan-perkataan itu,faham?
Murid : faham,cikgu!
Cikgu : saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : pandai!
Murid : bodoh!
Cikgu : tinggi!
Murid : rendah!
Cikgu : jauh!
Murid : dekat!
Cikgu : keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : salah!
Murid : betul!
Cikgu : bodoh!
Murid : pandai!
Cikgu : bukan!
Murid : ya!
Cikgu : oh Tuhan!
Murid : oh Hamba!
Cikgu : dengar ini!
Murid : dengar itu!
Cikgu : diam!
Murid : bising!
Cikgu : itu bukan pertanyaan,bodoh!
Murid : ini ialah jawapan,pandai!
Cikgu : mati aku!
Murid : hidup kami!
Cikgu : rotan baru tau!
Murid : akar lama tak tau!
Cikgu : malas aku ajar kamu!
Murid : rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : kamu gila!
Murid : kami siuman!
Cikgu : cukup!cukup!
Murid : kurang!kurang!
Cikgu : sudah!sudah!
Murid : belum!belum!
Cikgu : mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : sebab saya seorang pandai!
Cikgu : oh!melawan!
Murid : oh!mengalah!
Cikgu : kurang ajar!
Murid : cukup ajar!
Cikgu : habis aku!
Murid : kekal kami!
Cikgu : OK pelajaran sudah habis!
Murid : KO pelajaran belum bermula!
Cikgu : sudah,bodoh!
Murid : belum,pandai!
Cikgu : berdiri!
Murid : duduk!
Cikgu : saya kata UMNO salah!
Murid : kami dengar keadilan betul!
Cikgu : bengang kamu ni!
Murid : cerdik kami tu!
Cikgu : rosak!
Murid : baik!
Cikgu : kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : kami dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Comments: Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]